ameer syuhada

bukan madah puisi puitis..bahkan hanya kalam luahan kata-kata dan air mata yg menitis...

hit counter code

Thursday, May 31, 2007

Revolusi Pena

revolusi pena...sudah pindah ke ameersyuhada.wordpress.com

Wednesday, March 21, 2007

Biar Kuseru Camar...

Syukur dalam cahaya..biar ia tidak silau,
Kejut aku dalam cahaya..kerana ia bisa menutup jagaku..
Gelap itu rona...rintisnya selalu dalam minda..
Namanya lain zulumat..menanti masa menyamar azimat..

Apakah kerana manusia bukan camar..maka berat untuk kuseru?
Apakah kerana manusia bukan camar..maka lidahku selalu kaku?

Gentar bermain biar dibenak berani bukan main..
Suluh jalan ke hadapan tapi masih berinjak melangkah batas..
Kakak tua bermain dipohonan dan aku dijalanan..
Ia merapu dusta dan aku menyeru dosa...

Apakah kerana manusia kuanggap camar..maka dusta aku selitkan?
Apakah kerana manusia kuanggap camar..maka munafik aku tonjolkan?

Teriak jiwa kosong dengan roh..kumandang ringan ke telinga jahilin..
Kumandangkanlah biar seminggu takbir...tak terkesan pada lakaran hati muttaqin..
Janalah kuasa mana sehebat askar di medan perang..pasti mati terbungkas dek kecilnya para pemimpin...
Lolong itu pasti kedengaran ke pelusuk mana bumi..asalkan pernah dicium angin...

Tapi manusia itu bukan camar..tetap sahaja ia manusia...
Kerana jika aku camar..akan kuseru camar..
Tapi aku manusia..aku akan menyeru jiwa-jiwa...

Labels: ,

Sunday, August 13, 2006

Aku rindu Ayah...

Mana pergi suara keras di subuh hari...
Deruan enjin memecah hening...
Suara azan ayah memanggil manusia...
Dan aku antara yang terlena....
Lena tidak hamparan empukan, cuma lantai beralas kain...

Mana suara merdu mengalunkan ad-Dhuha..
Mana suara tangisan Quran syuruk segar itu...
Mana teguran asasi hafalan seluruh kitabullah..
Menegurku yang tersalah..budak kecil yang pantas belajar...
Budak itu sudah besar tapi kehilangan...

Ayah selalu rindu aku...
Ayah selalu bawa aku..
Ayah selalu marah aku..
Ayah sayang aku..
Tapi aku waktu itu benci.....

Mana pergi dingin subuh...
Mana pergi panas ladang...
Mana pergi susah makan...
Mana pergi jauh jalan....
Semua aku dan ayah rasa...
Tapi ayah sabar...

Ayah...
Aku kini dewasa....
Aku kini besar...
Aku kini tegar...
Aku kini macam ayah...

Dingin subuh dulu aku rasa...
Panas ladang dulu aku tempuh..
Susah makan aku biasa...
Tapi..aku rindu ayah....

Ayah....
Biarlah aku seorang...
Biarlah adik abang kakak tidak...
Andai kau mahu soleh..
Akulah itu...
Andai kau mahu doa
Aku beri..
Biar yang lain bagai tak nampak
Bagai tak rasa......
Aku mengerti...sedalamnya...

Aku anak ayah..
Ayah sayang ibu...aku sayang ibu...
Doa ibu sekali..
Aku anak ibu...anak ayah...

Ayah..
Empat tahun sudah kita terpisah...
Doa penaut kita..
Aku menangis kenangkan kau ayah...
Ya Allah.rahmatilah ayah..ayah aku...
Tidak aku nampak secebis hari dan saatnya terluang dari Quran dan solat...
Rahmatilah dia..sayangi dia..lebih lagi dari dia menyayangiku...

Kerana aku...aku rindu ayah....

Friday, June 23, 2006

Dikala Rasul Bersyair….


Gegak gempita musuh menyerbu deras..

Dibalik bukit kufur itu terselindung makar…

Paksinya biadap rindukan musnahnya cahaya..

Tidak kira siapa..hingga insan terkenal tidak pernah berdusta..

Tak lepas dari mata panahnya…

Menobrok sekujur tubuh keimanan…

Biarpun tubuh itu beriman secalit dua minggu..

Demi Tuhan yg baru dikenalinya..

Korban jiwa saja kenalannya…


Hujanan tombak lebih dari tersangka..

Ribut pasir derapan kuda-kuda perang hitam..

Nikmat titis hujan terganti hujanan tembaga dan api…

Percikan cahaya bukan hidayah…tetapi lagaan pedang…


Sekujur tubuh-tubuh keimanan jatuh satu persatu..

Alangkah gahnya!!..Syahid citanya..Mereka berjaya..

Namun korban meraih jatuhnya maruah Deenullah..

Tak pernah begitu..bukankah Allah bersama tubuh-tubuh keimanan?


Sejalur kuda putih ditelan kepekatan pasir..

Membawa beban insan terhebat alam raya..

Manusia terkenal gagah di medan perang..

Rasul jujur pelaku lemah lembut…


Dan tatkala kekabutan itu..

Gemersik gempita jeritan semangat…

Suara itu pernah dikenali..

Tak pernah luntur mengucap Lailaha Illallah…

Syair terukir di medan perang berjelaga..


“”Aku adalah Rasulullah..Aku adalah Muhammad bin Abdullah..

Akulah nabi yang tidak pernah berdusta…

Akulah putera Abdul Mutalib…………..”


Tegar suara bersimbah semangat dan keimanan..

Apakah kita tak tahu malu..

Berhambur lari dari hamba syahwat itu..

Sedang Rasul buah hati kita melawan bersendirian?..


Bangkit kembali tubuh-tubuh keimanan….

Dari alpa banyak pasukan tentera..

Lupa jua Allahlah segalanya..pemberi kemenangan..pengalah musuh..

Bukan jumlahmu itu memadai..

Andai kata kamu melempar..bukanlah kamu sebenarnya..

Tapi Allahlah yang melempar dan membunuh musuhNya..


Oh Hunain..di pesisir pasirmu tersirat kisah..

Buat duah..yang bongkak kerana jumlah….

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

26. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman, dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.


Saturday, June 03, 2006


Mewangi Bunga Dunia
Tazakka


Dunia indah di ciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu

Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati

Kapankah lagi
Engkau khan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati

Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti

qad aflaha man tazakka....

Thursday, June 01, 2006

Bal hum adhol...


Adakah manusia yang menyambutnya?
Adakah manusia menunaikannya?..

Sukar sangatkah untuk berubah?
Lantaran egomu tinggi..

Susahkan mengaplikasi nasihat yg bergunung?
Lantaran kau tak sedar diri...

Payahkah mengikut jalan Nabi?
Lantaran kau ikut jalan syaitan...

Tiadakah yang menunjukmu?
Quran itu aku letak di almari sahaja..Oh berhargakah ia?

Bukankah ada yang berbuat baik dikelilingmu?
Aku tak melihat mereka lebih mulia dariku..

Betulkah jalan hidupmu betul?
Betul atau tidak..aku puas dengan nafsuku..

Cubalah berfikir penghabisanmu dimana?
Akhirat itu hanya omong-omongan..

Jadi kamulah golongan Bal hum adhol..Bal hum adhol...


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
7:179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.






Kau datang tiba-tiba...
Tika aku masih dibawah naungan empayarku yg sedang sakit...

Kau datang dengan kekuatan..
Kau tunggangi manusia putih itu..
Kau bodohkan manusia yg berquran semahumu..


Kau datang tiba-tiba..

Kau kata tanahku milikmu..

Kau kata moyangmu pernah duduk ditanahku..

Itu moyangmu..tapi bagaimana moyangku..
Moyangku lebih dahulu datang dari moyangmu..
Kau kata tanahku milikmu?!!


Kau datang tiba-tiba..
Kau siram pohon zaitunku dengan darah keluargaku..
Kau roboh rumahku dengan bulldozer ganas..
Bila aku halang memberontak...
Kau kata aku arab tak guna..
Padahal kau tak baca sejarah kaum kau..

Kaum kau yang hina!!

Tak pernah ada bangsa dihina dalam kitab suci macam kaum kau!!!


Aku marah..

Aku tau dia datang tiba2 bukan kerana aku arab dia yahudi..

Aku tau dia yahudi..tapi bukan sebab aku arab..

Sebab tanah suci aku ini bukan tanah suci kaum Arabku..
Ia tanah Allah, Rabbku..Ilahku..

Maka ia tanah org Islam..


Aku marah...
Bila dia datang bawak manusia putih itu lagi..

Manusia putih itu kaya, banyak harta..berita pun dia punya..
Aku cuba minta tolong dia..
Tolong kami..mereka rampas hak kami..

Manusia putih itu sergah aku..
Katanya kaum aku bodoh..tak pandai duduk diam..banyak cakap..

Aku pening seketika..

Aku lagi marah..

Kali ini aku tak mahu marah sahaja..

Aku mahu lawan..
aku mahu ambil hak aku balik..

Syukur kawan-kawan ku disini sama prinsip dengan aku..

Kawan aku di tempat lain?..Entah..
Setahu aku muslim ada dua pertiga dunia..mana pergi mereka semua?..
Nak marah pun tak guna..bukan mereka faham..
Aku pasti manusia putih tu dah tipu semua dengan berita-berita media..

Aku lawan kali ni..

Aku lawan dengan sahabat, kawan dan teman..

Biar apa mereka kata..
Ini tanahku..ini hakku..

Ini tanah Allah..orang kafir cuba kotorkannya..
Mereka bunuh kami..mereka sekat kami..
Mereka ugut kami..mereka tembak kami..
Mereka tuduh kami..mereka himpit kami..
Bayi pun mereka bunuh..apatah lagi pemuda macam aku..

Aku tak mengalah.. Satu palestin bersamaku..
Aku seru mereka..
Lantas demokrasi hilang suara hari aku berjaya..
Mereka makin himpit aku..
Tapi aku dan palestinku tidak mudah dipujuk rayu..

Kami dah serik dengan tipu Yahudi..
Aku ingat hadith nabi..
aku akan perang mereka sampai mati..

Biar mereka dajjal al-masih..
yang menghimpit pinta aku masuk agama dan tawaran mereka..

Aku tak mengalah..
sebab aku yakin bukan aku yg bersalah....


oh Palestin...aku bersamamu..pejuangmu disana..tsabatlah..doa kami bersamamu...

Wednesday, May 31, 2006

Wajah Kasih...





dunia terhasil dari wajah-wajah..
Biar apapun rupanya..biar apapun warnanya..
Tetap ia berpaksi pada satu...satu hakikat tak tersangkal..
Hakikat ujaan fikrah..fikrah cernaan keikhlasan..

Wajah-wajah itu tidak serupa seraya berbeza..
Puluhan warna penghias permukaannya..
Khuatir demi secebis debu merosak niat..
Kilauan nama-nama menghiasi wajah-wajah..

Wajah yg benar seumpama..
Wajjahtu wajhiya lillazi..
Wajjahtu itu terhadap ke arah ceruk keimanan..
Biar mana hilangnya dunia..biar mana hilangnya egois..
Sesuci wajah berdahi sujud...

Kalam puisi ini terlakar dari..
Kurangnya kewajahan pada diri..
Lemahnya kewajahan menghiasi diri..
Wajah yg lemah..wajah yg pudar..
Menginsafi wajah sendiri..
Biar rona itu datang..biar mehnah itu menerkam..
Wajah ini..pasti cintakan Ilahi....


at-tazkiyatun-nafs.......